Friday, December 26, 2008

Ucapan Dasar Presiden GPMS di Persidangan Agung Tahunan

UCAPAN PERASMIAN

PRESIDEN
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
DI PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN GPMS KE-54
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR

20 DISEMBER 2008


‘WARISAN PERJUANGAN BANGSA;
MENERUS KESINAMBUNGAN, MENGISI HARAPAN’


AssalamualaikumWrt Wbt


1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, yang telah memberi izin, mengurniakan segala inayah, redha dan perkenan – untuk kita warga GPMS berkumpul di Institut Aminuddin Baki pada pagi ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para khulafa’ dan ahli keluarga Baginda.

2. Setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – yang sudi hadir, sekaligus bakal merasmikan PAT ini sebentar lagi. Salam perjuangan buat semua aktivis GPMS veteran yang hadir, mantan kepimpinan GPMS di segenap peringkat, para sahabat di peringkat Majlis Tertinggi, para Pengerusi GPMS Negeri, Yang Dipertua GPMS Cawangan-cawangan – para perwakilan, para hadirin dan hadirat, wakil media yang dihormati.

Dari Temerloh ke Putrajaya;
Tampak kacak pemimpin muda;
Hadir YB dihargai semua;
Jadi azimat, pengukuh jiwa;

Pahlawan lama, negerinya Pahang;
Jadi sanjungan si orang dagang;
Pejuang GPMS – Selamat Datang;
Bagaikan sirih pulang ke gagang;

3. Secara peribadi, saya menganggap pertemuan ini punya makna dan signifikasi luar biasa. Pertamanya, kita sedang berada di garis sejarah perjuangan yang cukup panjang. 60 tahun – adalah angka yang seharusnya menyedarkan kita bahawa, kita mewarisi dan menjadi generasi penerus kesinambungan perjuangan yang sangat historikal dan terkait megah dengan semangat nasionalisme bangsa Melayu. Kita mesti senantiasa mengingatkan diri kita, darah merah likat yang mengalir dalam tubuh kita ini; fikrah mengangkat perjuangan bangsa melalui pendidikan yang utuh dalam minda kita ini; semangat berani dan bersungguh dalam hati kita ini – adalah sebahagian daripada cetus rasa, tekad mutlak – untuk mengangkat darjat perjuangan bangsa Melayu seluruhnya.

4. Keduanya, PAT ini berlangsung dalam latar belakang dan suasana politik yang kian berubah lanskapnya. Timbul suara sumbang mempertikai itu dan ini. Wujud suara nakal gagap dan bingung sejarah yang mula mempersoal fitrah keMelayuan bumi bertuah ini. Wujud usaha intelektual terancang untuk menidakkan institusi Kesultanan dan Raja Melayu. Semua ini menyebabkan hamparan kesabaran orang Melayu teruji lagi. Sikap dan nilai toleran kita ingin dihenyak menyembah bumi. Sebagai sebuah NGO Melayu – mahu tidak mahu, GPMS mesti tampil diri, bergerak di hadapan; memberi mesej jelas – bahawa ada perkara yang tidak perlu, tidak wajar dan tidak patut disentuh langsung dan dipertikaikan. Di perhimpunan ini, saya mengharapkan untuk mendapat mandat jelas daripada perwakilan tentang niat, sikap dan ruang pandang GPMS terhadap suasana yang agak getir ini.

5. Ketiganya, PAT kali ini dihadiri oleh kalangan kepimpinan dan veteran GPMS yang banyak menabur bakti selama ini. Semangat, citra perjuangan, kesungguhan dan kehidupan mereka ini digarisi oleh rasa sayang dan kasih mereka kepada GPMS. Saya mohon, seluruh anggota perwakilan untuk bangun dan memberikan tepukan paling gemuruh kepada para pejuang GPMS yang hadir pada pagi ini. Kehadiran YBhg Tan Sri/Datuk-Datuk/Tuan-Tuan sekalian bakal menjadi pencetus semangat buat kami semua ahli GPMS yang ada pada pagi ini.

YB Dato’ – Tan Sri, Datuk – Hadirin Dikasihi,

Tema PAT: Warisan Perjuangan Bangsa

6. GPMS melalui kembara dan denai perjuangan yang panjang. Perjuangan ini tidak lahir dalam keadaan yang semuanya ada dan tersedia. GPMS tidak lahir tika mana kita memegang tampuk kuasa. GPMS lahir dalam keadaan yang serba serbi kekurangan. GPMS lahir dalam keadaan fizikal bangsa yang terjajah. Tetapi, benarlah kata cerdik pandai – yang mungkin terjajah hanyalah batang tubuh; sedang minda dan hati orang Melayu – tetap merdeka dan terbenih ampuh di dalam diri.

7. Dalam melalui denai perjuangan – sudah barang tentu ianya tidak menjanjikan perjalanan yang selamanya membahagiakan. Kita melalui lopak yang tidak memudahkan. Ada onak dan duri kecil yang melukakan. Ada kerikil yang memberi calar. Ada dedaun tajam yang mengoyak kulit. Ada jerlus emosi yang melambatkan. Ada tika, air mata menjadi teman. Ada ketika, angin sepoi kecewa menyentuh tubuh dan pemikiran. Namun, atas nama Melayu dan perjuangan – kita tidak punya banyak pilihan. Perjalanan mesti diteruskan. Langkah mesti dihayun. Panji mesti ditegakkan. Obor perjuangan – mesti terus kita nyalakan. Untung nasib orang Melayu; akan terus kita perjuangkan. Suara GPMS kan kekal mempertahan hak keistimewaan orang Melayu.

8. Melihat wajah redup pemimpin dan pejuang GPMS lama; kita mesti pantas membugar rasa insaf dan meniup roh perjuangan luar biasa kepada kembara bermakna ini. Jangan biarkan waima sekalipun mereka berasa kecewa dan sangsi dengan tekad perjuangan kita. Jangan sesekali kita biarkan mereka berasa betapa perjuangan GPMS sudah tersisih dari matlamatnya. Semangat, niat, hasrat dan tekad GPMS asal – akan kita sama-sama kekalkan sampai bila-bila; dan diperteguh dengan pengisian yang sesuai dengan zaman dan ketika.

9. Hubungan baik, jalin hormat – antara generasi lama GPMS dan generasi penerus inilah menjadi asas kekuatan GPMS selama ini. Ibarat pisang sesikat, digulai sebelanga; ibarat aur bergantung ke tebing; ibarat inai dengan kuku; bagai beliung dengan asahan; bagai hempedu lekat di hati – kasih sayang kita kepada seluruh pejuang GPMS lama, akan kekal utuh selamanya.

10. Kita sengaja memberi tema WARISAN PERJUANGAN BANGSA untuk pertemuan kali ini – bagi memberi gambaran latar kesinambungan sebuah kembara yang panjang. Jauh daripada berasa complacent dan selesa; kita mahu mengembalikan memori dan sejarah perjuangan dalam bentuknya yang sangat jujur dan ikhlas. Kita sanggup melalui hari-hari yang panjang; dan malam yang melelahkan – atas niat jujur menelusuri asas perjuangan.

11. Natijahnya, bukan sahaja kita berjaya mengumpulkan data dan maklumat tentang veteran GPMS, yang pernah ditemukan di Malam Adiwangsa; kita juga berjaya, dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan – melahirkan buku Warisan Perjuangan Bangsa, di pagi yang berbahagia ini. Inilah bukti dan manifestasi; kesungguhan generasi baru GPMS untuk mengembalikan asas dan teras perjuangannya. Kita benar-benar mahu menghayati gerak rasa sejarah – the sense of history, kepada perjuangan kita ini.

12. Pada saya, secara peribadi – inilah warisan perjuangan yang perlu kita sama-sama hayati. Inilah ‘sejarah’ kita yang perlu dikongsi oleh seluruh pimpinan dan penggerak GPMS. Inilah ‘naskhah perjuangan’ – yang menjadi inti perjuangan kita sampai ke hari ini. Cerita ini bukan mainan kata. Cerita kita ini bukan sengaja direka-reka. Inilah pembuktian kepada kembara perjuangan GPMS yang rencam dan luar biasa.

Sekitar PAT Lalu: Realisasi Harapan & Saranan

YB Dato’ Sri, Tan Sri, Datuk dan Perwakilan Yang Di hormati,

13. Dalam Perhimpunan Agung Tahunan yang lalu, sebagai ucapan dasar selaku Presiden GPMS – saya ada mengutarakan beberapa perkara sebagai halatuju gerakan ini. Degup agenda perubahan yang diinginkan, sedang dan akan terus dilaksanakan. Saya pernah tegaskan, GPMS mesti merubah imej dan pembawaan – tanpa mengalih dan menginjak prinsip asas perjuangannya.

14. Dengan bantuan dan sokongan pihak tertentu, khususnya Kementerian Belia dan Sukan – kita mampu melaksanakan banyak program dan usaha pembaikan pengurusan. Ini sedang berlaku dengan nyata dan bersungguh. Kita mahu berasa selesa dengan kekuatan keahlian kita yang real dan aktif. Dengan adanya naskhah perjuangan kita; usaha perkaderan dan latihan akan mampu menjadi lebih tersusun.

15. Kita juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian berkaitan. Ucapan dasar tahun lalu ada menyentuh tentang pelaksanaan aliran vokasional secara yang lebih meluas dan menyeluruh. Kita mahukan kewujudan education safety-net untuk mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Inilah gesaan ibubapa Melayu di desa dan pinggir kota. Sistem pendidikan kita mesti lebih accommodative kepada kecenderungan minat pelajar. Alhamdulillah, Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan respons dan komitmen baik kepada cadangan ini. Tahun 2010, akan menjadi pemula rentak kepada agenda perluasan aliran vokasional semenjak daripada Tingkatan 1. Demikian juga dengan pengenalan subjek Sejarah dalam sistem pendidikan. Ianya juga sudahpun disambut baik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

16. GPMS punya peranan yang sangat penting dalam memastikan masa hadapan pendidikan anak Melayu tidak berhadapan dengan hambatan sistem dan dasar. Kita berani mengutarakan pandangan – sesuai dengan kedudukan kita sebagai NGO yang menjaga kepentingan pendidikan. Kita tidak punya sebarang sekatan dan kekangan.

17. Dalam kes biasiswa JPA misalnya – GPMS adalah antara yang paling vokal dan terkehadapan dalam isu perluasan kuota kepada bangsa lain. Saya secara peribadi dihujani sms yang mengatakan saya sebagai seorang rasis dan perkauman. Banyak blog yang mengungkap GPMS sebagai gagasan yang jumud dan sempit. Hakikatnya, kita hanya mahukan kuota Bumiputera diperluaskan, reflektif kepada peratusan penduduk dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).


18. Orang Melayu sudah menjadi kabilah fikir yang kian terpecah-pecah. Melayu sendiri yang kutuk Melayu. Melayu sendiri yang bercakap tentang kesamarataan dan meritokrasi total – saat padang permainan belumpun rata. Melayu sendiri yang menadah paha; saat betispun sudah tidak punya apa-apa lagi. GPMS khuatir, GPMS cukup khuatir – fikrah liberal dan moderat Melayu ini akan menyebabkan saf kita kian longgar dan mudah dihanyutkan gelombang yang baru.

19. GPMS hanya mahu menjadi sebuah gagasan yang SEDAR dan tidak khianat kepada perjuangan. GPMS hanya mahu menjadi benteng kecil, namun cukup utuh kepada usaha mempertahan hak bangsa. GPMS hanya mahu menjadi SUARA Melayu; saat suara itu kian sendu dengan tekanan dan jerit pekik bangsa lain yang gagap dan bingung sejarah; dan bangsa sendiri yang pengor dan tidak sedar diri.

20. GPMS perlu senantiasa sedar dan realistik dalam perjuangannya. Kita tidak mahu menjadi bangsa yang sesal dengan ketidakpedulian kepada bangsanya sendiri. Kita tidak mahu dipersalahkan kerana tidak memberi peringatan tentang banyak perkara asas yang kita gemar toleransikan. GPMS tidak mahu kita menjadi kalangan yang tenggelam dalam muafakat yang tidak ikhlas. GPMS tidak mahu menjadi suara Melayu yang gagal bersuara untuk kepentingan dan kelangsungan perjuangan bangsanya.

21. Dalam konteks pendidikan – kita bersuara; dan kita laksana. NGO yang amanah dan bertanggungjawab bukan setakat hebat bersuara; tetapi suram kerja dan usaha. GPMS, ambil pendekatan berbeza. Kita telahpun melaksanakan Program Jelajah Motivasi, Program Cakna Bistari (memberi tiusyen khas kepada sekolah berprestasi rendah – hampir di setiap Negeri), melaksanakan Jelajah Obor (sebagai manifestasi sambutan 60 tahun). Semua ini, dilaksanakan dengan biaya yang cukup besar. Keberhasilannya bukannya mampu diukur dalam sekelip mata.

22. Yang pasti, kita mesti kembali kepada asas – back to basics. Kita laksanakan program; kita kukuhkan saf. Hari ini, kehadiran kita di seluruh pelusuk Negeri, kejayaan kita menubuhkan Cawangan Khas – GPMS di hampir semua IPTA/S adalah lambang usaha perkaderan kita yang continuous dan bersungguh. Trend ini saya rasakan positif. Sangat reflekif kepada target group – kumpulan sasar kita sendiri. Walaubagaimanapun, usaha latihan dan suntikan semangat juga mesti diperkemas sama. Kita tidak mahu, waima seorang pun warga GPMS yang terkecuali daripada modul latihan dan pembangunan jatidiri perjuangan ini.

YB Dato’ Sri, Hadirin Dikasihi,

Merintis Jalan Perjuangan

23. Dalam merintis jalan perjuangan untuk tahun-tahun yang berikutnya – kita memerlukan kalangan anak Melayu yang insaf dengan perjuangan bangsanya. Saya pantas terhimbau dengan beberapa kerat puisi Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka):-

sakitnya bangsa bukan di luar,
tapi terjunam di dalam nyawa,
walau diubat walau ditawar,
semangat hancur apakan daya,

janjian Tuhan sudah tajalli,
mulialah umat yang teguh iman,
Allah tak pernah mungkiri janji,
tarikh riwayat jadi pedoman

malang dan mujur nasib bangsa,
turun dan naik silih berganti,
terhenyak lemah, naik perkasa,
tergantung atas usaha sendiri.

bangunlah kekasihku umat Melayu,
belahan asal, satu turunan,
bercampur darah dari dahulu,
persamaan nasib jadi kenangan.

24. GPMS ingin menggunakan platform ini untuk mengingatkan kaum tertentu supaya tidak terus-terusan bermain dengan perasaan dan sensitiviti orang Melayu. Jangan sentuh tentang Islam kerana ianya asas mutlak penghidupan dan kepercayaan kami. Belajarlah untuk menghormati agama rasmi Negara ini. Jangan sentuh Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu. Jangan heret ke bawah Duli Tuanku dalam polemik ketuanan Melayu. Jangan bawa sensitiviti Melayu dalam cubaan bersih diri daripada krisis moral peribadi. Belajarlah jadi anak Jantan – selesai pekung sendiri; sebelum menarik kepentingan bangsa dalam polemik moral peribadi yang hodoh dan menjijikkan!

25. Belajarlah menghormati dan menghargai sejarah. Insaf dan sedarlah bahawa bumi ini FITRAH agamanya ISLAM; FITRAH bangsanya MELAYU. Sejarah bumi bertuah ini bermula jauh dan lama sebelum merdeka. Islamnya jauh mencakupi Pasai, Grisik, Perlak dan Palembang. Islam sama mendarat di Melaka hasil usaha Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Menua, Maulana Sadar Johan dan lain-lain.[1] Diperkukuh lagi oleh tradisi keilmuan Alam Melayu yang dibawa Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri, Bukhari al-Jauhari, Abdul Rauf Singkel[2] – dan ramai lagi ulama’ sezaman.

26. Ketuanan Melayu – tidak boleh sama sekali diasingkan daripada perjalanan sejarah. Ini adalah hakikat dan tidak boleh ditempelak mentah-mentah. Ianya jauh didasari oleh budaya memimpin masyarakat Melayu yang sudah terbina lama. Tome Pires melalui tulisannya dalam Suma Oriental mengakui asas ini. Catitan Maharaja Yung-Lo (1402 – 1424), dari Dinasti Ming turut mengakui kehebatan Kesultanan Melayu Melaka. Suasana kepemimpinan Melayu diikuti Kerajaan Johor, Kerajaan Melayu Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan[3]. Apakah dengan asas sekukuh ini kita masih perlu menjadi bangsa yang defensif dan kecil diri?

27. Sayangnya, ketuanan Melayu dijadikan pihak tertentu sebagai – alat politik. GPMS menggesa, mana-mana pihak perlu menerima Ketuanan Melayu sebagai elemen sejarah yang konkrit dan tidak boleh diganggu gugat. Bersyukur dan belajar mengucapkan terima kasih bahawa orang Melayu sangat-sangat toleran – dan tidak benar-benar melaksanakan cita-cita TUAN – walaupun punya hak dan paksi sejarah untuk berbuat demikian. Jangan menjolok sensitiviti kita lagi dengan apa jua alasan.

28. Hormatlah kepada agama Islam – Perkara 3 (10) Perlembagaan Negara. Jangan bermain dolak dalik dengan takrif setia kepada Raja – kerana lawannya adalah derhaka, Perkara 32 (1). Usah menghina Bahasa Melayu – seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan. Jangan cuba menulis semula sejarah; yang hak tetap hak; yang benar tetap kan menjadi benar.

29. GPMS menganggap tindakan beberapa Kerajaan Negeri yang cuba mempelbagai bahasa di papan tanda sebagai tindakan tidak bertanggungjawab. Dalam bahasa yang halus, mereka ini sengaja mencari ruang bersikap perkauman dan racist. Apa yang mereka ingin buktikan? Apa yang mereka mahu sematkan di minda dan hati rakyat? Pada GPMS, niatnya adalah untuk menghina Bahasa Melayu atas alasan yang longgar dan rapuh. Sikap dan matlamat mereka yang kononnya terbuka, telus, rentas kaum – samalah seperti peribahasa Melayu: rupa boleh ubah, tabiat dibawa mati; ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?, ibarat pahit peria – waima ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan – apabila masak kan pahit juga.

30. Di daerah lain, pimpinan Melayu mabuk kuasa. Ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan, diserakkan padi awak, dihimbaukan orang lain. Suara orang lain jadi utama, suara bangsa sendiri diketepikan. Dalam isu pembukaan UiTM misalnya – siapa yang mampu menyangka, dek terbuai arus kuasa – Melayu sendiri berlagak lupa. Pimpinan Melayu – jadi mudah ditelunjuk kanan dan kiri; bagai harimau tiada gigi; orang bermandi selam, awak bermandi timba – ibarat pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tidak terkayuh. GPMS sangat vokal dalam menentukan UiTM kan kekal jadi milik orang Melayu!

31. GPMS mengimpikan jalur politik Melayu yang saling terkait dan bijaksana. Sebagai NGO Melayu, kita terbuka untuk bersama – asalkan asasnya untuk Islam, niat-nya untuk Melayu. GPMS mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan penerimaan baik PAS sewaktu muktamar parti politik itu yang lalu. Prinsip tautan silaturrahim positif seperti ini akan kita teruskan. Samalah dengan tindakan kita bersama menentang kebiadapan Majlis Peguam tempohari. Politik Melayu mesti punya hikmah. Tahu asas untuk bersama – saat musuh menjolok mata.

32. Kalau hadir GPMS mampu menjadi jambatan hubung, demi suatu kemuncak politik Melayu yang luar biasa – kita sanggup memainkan peranan itu. Jika kehadiran GPMS mampu menjadi jalan tengah bicara dan pertemuan, kita sanggup. Ketepikan ego dan penting diri – kita mesti mengutamakan agama dan bangsa, dalam menerus dan menegakkan perjuangan.

Aspirasi GPMS

33. GPMS wajar menjadi sebuah gerakan yang amanah dan bertanggungjawab. Sebagai mengisi amanah, kita perlu memperkukuh gerakan dalam berhadapan dengan cabaran dan realiti baru. Oleh yang demikian, GPMS ingin menyatakan beberapa teras aspirasi dan wawasan:-

1) Meneruskan agenda pemerkasaan gerakan – memperbanyak program tiusyen dan seminar motivasi. Menggunakan sebaik mungkin jalinan strategik dengan Kementerian, Kerajaan Negeri dan NGO lain yang ada di akar umbi. Agenda teras ini sama sekali tidak boleh diketepikan. Menggesa Cawangan Khas menjadi prime-mover kepada gelombang kebangkitan semangat dan daya saing kalangan pelajar Melayu.

Jika diberikan ruang dan kesempatan, GPMS mahu sama-sama terlibat dalam usaha penubuhan dan menjayakan Yayasan PINTAR seperti yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Kita mahukan suatu bentuk gerakan yang satu hati, satu matlamat dalam menjayakan pendidikan di kalangan anak bangsa Melayu;

2) Mendokong agenda Akta Belia yang dikemukakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Benar, akan ada sedikit adjustment dan penyesuaian – tetapi kita percaya, KBS punya alasan dan strategi bernas untuk berbuat demikian. Kita akan mengkaji ruang penyesuaian yang terbaik. Kita mengharapkan Akta Belia mampu complement dan menjadi penyumbang kepada kesiagaan ilmu dan pendidikan anak Melayu. Kita gesa KBS untuk punya agenda Melayu yang menyeluruh!

Dalam mendokong Akta Belia – saya ingin memberikan keyakinan kepada warga GPMS, bahawa kita akan mencari langkah terbaik dalam meneruskan cita dan aspirasi kita. Jangan khuatir, ruang untuk meneruskan gagasan keilmuan bangsa, tidak akan terundur dek kerana usia. Pasti ada wahana dan wadah baru – yang mampu disesuaikan dengan cita kemahuan Akta Belia.

3) Mempertahan Kemurnian Islam, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Perkara-Perkara Asas 153 – dengan sepenuh hati. Dalam keadaan dan suasana getir ini, GPMS mesti bersikap responsif dan terkehadapan dalam memastikan kesucian Islam tidak dirobek, keistimewaan Melayu tidak dicarik. GPMS tidak gentar untuk digelar racist – asalkan fitrah keMelayuan kita tidak cuba ditolak ansur oleh kaum/individu tertentu. GPMS tidak gentar untuk digelar racist – asalkan fitrah keMelayuan kita tidak cuba ditolak ansur oleh kaum/individu tertentu. GPMS tidak gentar untuk digelar racist – asalkan fitrah keMelayuan kita tidak cuba ditolak ansur oleh kaum/individu tertentu.

4) Mengisi Tanggungjawab Sebagai Pemegang Taruh Pendidikan Anak Melayu – GPMS akan menjadi rakan kepada usaha pemerkasaan pendidikan yang dibawa oleh Kementerian Pelajaran. Saya sudah menegaskan berulang kali keperluan GPMS bergerak seiringan dan selari – dengan PIPP yang dipelopori oleh Kementerian Pelajaran.

Dalam konteks isu PPSMI – GPMS akan menggunakan PAT ini sebagai medan mengukur keinginan sebenar warga GPMS. Walaupun GPMS punya asas pandangannya tersendiri – adalah lebih molek dan wajar, kita membenarkan perbahasan menyeluruh dilakukan mengenai isu ini. Secara peribadi, PPSMI mestilah dinilai dalam ruang pandang yang tepat. Mengukur asas kejaguhan Bahasa Melayu dan nilai persaingan masa hadapan.

GPMS amat mengharapkan wujud rasional dan sikap lebih bertanggungjawab di kalangan masyarakat bukan Melayu dalam berhadapan dengan isu sekolah satu sistem. Pandang secara positif. Jangan lihat dari tingkap perkauman. GPMS memuji pandangan berani Prof Tan Sri Khoo Khay Kim dalam berhadapan dengan isu ini. Kita kena jujur dengan masalah dan penyelesaiannya. Fikrah rasional sebeginilah yang lebih wajar wujud untuk membawa Malaysia ke hadapan.

5) Membugar Semangat Bersaing dan Celik Sejarah – di kalangan penuntut pengajian tinggi. Kita berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi tentang keterlibatan GPMS yang lebih aktif dalam usaha ini. Cawangan-cawangan Khas di IPT perlu menjadi catalyst kepada usaha ini. GPMS perlu menjadi penggerak kepada usaha kecemerlangan pendidikan di kalangan siswa-siswi Melayu. Sekadar lulus, menjadi mediocre di tanah air sendiri – samalah dosanya seperti meruntuh bangsa sendiri!

Kita mahu kajian menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan penawaran Subjek MQA – dilakukan secara bersungguh dan jujur oleh IPT Swasta. Jangan buat dan menawarkan subjek MQA secara melepas batuk di tangga.

34. Akhir sekali, Perhimpunan Agung Tahunan hari ini, ingin memohon jasabaik pihak Kerajaan Persekutuan, agar dapat apa kiranya memberikan pengiktirafan kepada sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham Aminuddin Baki – antara pengasas GPMS. Kami, generasi GPMS hari ini cukup percaya – Allahyarham adalah antara ikon penting kepada pendidikan Negara. Sayangnya, pemergian beliau belum lagi disusuli dengan pengiktirafan yang sewajarnya.

35. GPMS percaya tidaklah keterlaluan untuk kami mengemukakan saranan dan kemahuan ini. GPMS cukup percaya. Allahyarham Aminuddin Baki punya sumbangan yang sangat besar kepada asas pendidikan di Malaysia. Bukan sahaja komitmen yang luar biasa kepada pemerkasaan dan pemantapan pendidikan di kalangan orang Melayu; malahan ada ketikanya bertindak sebagai ‘educationist – rentas kaum’ dalam memperjuangkan yang terbaik kepada bangsa dan Negara.

36. Di atas alasan dan landasan fikir itu – saya memohon sokongan penuh PAT GPMS hari ini untuk mengemukakan saranan kepada Kerajaan agar Allahyarham Aminuddin Baki diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Bukan sahaja sebagai pejuang dan pengasas GPMS – tetapi lebih daripada itu; sebagai pejuang pendidikan Negara yang sangat luar biasa.

Amanah Bangsa – Pusaka Perjuangan

37. Saya hanya mampu berkongsi bangga jika GPMS berada di kemuncaknya. Selalu saya menginsafkan diri bahawa – pemimpin datang; dan pemimpin pergi. Yang tinggal dan mampu diingati hanyalah legasi perjuangan yang hakiki. Ini adalah sebuah kembara muafakat yang dikongsi semua anak bangsa. Nama, tempat dan jawatan – tidaklah terlalu penting; tetapi citra GPMS-lah yang perlu kita pertahankan sampai bila-bila.

38. Kita berada di sini, kerana kita percaya bahawa pendidikan mampu menjadi ‘manhaj Bangsa’. Jalan dan uslub mengukuh pencapaian dan kembara bangsa bernama – Melayu. Kita jangan terkhilaf dan terkeliru dengan asas perjuangan dan tanggungjawab. Jangan terbawa-bawa dan teruja dengan jawatan; tetapi gagal melaksana amanah.

39. Kita mesti banyak belajar daripada sejarah. Faham dan maklum dengan asal diri. Insaf dan percaya dengan niat memajukan bangsa melalui pendidikan. Setiap daripada kita, setiap insan dan warga GPMS – punya nilai pusaka perjuangan yang bukan kecil.

40. Selalulah bertanyakan pada diri, sudahkah aku mengota janji. Selalu mengingatkan diri, apakah ini yang terbaik buat sebuah perjuangan bernama GPMS. Selalu bermuhasabah diri, bagaimana mengisi amanah perjuangan. Pusaka perjuangan ini adalah amanah bangsa yang cukup besar. Tidak tertanggung beban amanah; tidak terkelek janji dan madah; tidak terjunjung ikrar dan sumpah – kalau kita bergerak sendirian dan selalu gemar bermufarakah. Ayuh rapatkan saf – membulat janji anak negeri; perjuangan GPMS akan terus kita hayati dan perjuangkan. Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua aktivis dan penggerak GPMS – daripada seluruh pelusuk negeri.

41. Janji kita tidak akan berakhir di sini. Tekad dan hasrat, GPMS perlu kekal 60 tahun lagi. Selagi Melayu kekal sebagai bangsa; GPMS kekal menjadi lidahnya. Selagi Melayu kekal sebagai perjuangan; GPMS gah jadi bahteranya. Selagi minda Melayu mampu bersaing di dunia; GPMS menjadi pemacu asalnya.

Salam Perjuangan untuk seisi dewan – Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Wrt Wbt.

[1] Rujuk kertas kerja Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, Era Islam, Seminar Sejarah Nasional Malaysia, anjuran Universiti Malaya dan Kerajaan Negeri Melaka; 27 Nov 2008.
[2] Ibid.
[3] Rujuk kertas kerja, Mohammad Yusoff Hashim, ‘Era Kerajaan Melayu’, Seminar Sejarah Nasional Malaysia, anjuran Universiti Malaya dan Kerajaan Negeri Melaka; 27 Nov 2008

Thursday, October 16, 2008

Pause selepas Puasa

Asm Wrt
Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberi respon yang pantas terhadap perkembangan semasa khususnya persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh mahasiswa dan GPMS.
Buat masa ini saya sedang sibuk mengikuti temuduga di beberapa buah syarikat, minggu final exam selang 2 minggu lagi, dan sibuk menyiapkan assingment yang bertimbun.
InsyaAllah akan kembali aktif selepas 10hb November 2009
terima kasih

Sunday, September 28, 2008

Perutusan Aidil Fitri s/u Siswa

Perutusan Aidil Fitri oleh s/u siswa GPMS
Sayu..
hati ini makin sayu
Rindu..
Terkenangkan Desa Permai
Wajah Ayah Bonda bermain di mata
Mengajak ku..

Lagu dendangan Dato Siti Nurhaliza, sering-kali mengammit perjalanan pulang penulis ke kampong halaman. Penulis mendoakan taulan juga sejahtera di samping keluarga di hari lebaran.

1)Islam datang meraikan fitrah manusiawi termasuk memandu dan mengarah fitrah tersebut supaya berada dalam kerangka yang tepat dan jelas. Persoalannya adakah umat Islam di Malaysia berada dalam kerangka yang Islam yang tepat dan jelas? Nyata kini sebarang deklamasi semagat keMelayuan dan kebangsaan di anggap non-Islamic. Pada mereka Islam itu syumul dan tidak membezakan warna kulit atau darjat. Disisi Islam, yang membezakan manusia hanyalah takwa illalah, takwa semata-mata kerana Allah. Benar, tiada yang lebih benar dari Al-Quran dan Al-hadiths.

2)Apakah masih ada ruang untuk memperjuangan Bangsa Melayu? Apakah memperjuangankan Bangsa Melayu sama seperti Memperjuangan Islam? Apakah Melayu di Malaysia menjadi smoke-screen (tabir untuk megerakkan perjuangan Islam dalam ruang lingkup plural society) bagi perjuangan Islam?

3)Menurut Tuan Haji Yusri Mohd, dalam wawancara kepada Risalah, beliau menolak pandangan Raja Blogger, Raja Petra Kamarudin, yang sering mengatakan atau cuba mengambarkan apa sahaja cakap-cakap mengenai Melayu atau bangsa bertentangan dengan Islam.

“..dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah swt, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri..”(al-Hasshr:19)

4)Islam adalah Agama fitrah.

Fitrah pula didefinisikan sebagai, “The Islamic Concept of Human Nature”, atau tabi’ie manusia dalam pengertiaan Islam, oleh Syeikh Yasien Mohamed.

Penolakan secara taklid bahawa sebarang perjuangan bangsa itu bersifat asabiyah dan bertentangan dengan Islam itu adalah salah dan amat dangkal sekali. Islam tidak menolak sesuatu isu berkaitan bangsa secara total. Islam adalah Agama Fitrah, manakala persoalan kaum atau bangsa itu merupakan sesuatu yang bersifat fitrah kepada manusia. Jadi sebarang usaha untuk menolak perjuangan kaum atau bangsa itu adalah bercanggah dengan Islam.

5)Realitinya di bumi Malaysia ini, 99.9 peratus umat Melayu adalah Islam. Penulis tidak menolak bahawa terdapatnya muslimin daripada kaum atau bangsa lain. Namun, komposisi kaumnya amat sedikit. Bangsa Melayu juga dipelihara dari sudut perlembagaan negara, Melayu itu BERAGAMA ISLAM.

6)Justeru, dari pandangan yang objektif. Penulis berpendapat bahawa terdapat hubungkait yang jelas antara Islam dan Melayu. Kuatnya bangsa Melayu itu bererti kuatlah agama Islam.


Wednesday, September 17, 2008

intifada Mahasiswa UIAM


Intifada Mahasiswa


Bismillah…. Alhamdulililah….ajmain.. Rabisrali sadri wa yasirli amri wahlun uhdatan milisani yaf qahu qawli….

Terima kasih kepada adinda pengerusi Majlis……….

Yg saya muliakan Yang Berhormat Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, yang juga merupakan Naib Presiden PKR Malaysia. Sy ucapkan tahniah kerana berjaya menawan hati penduduk Gombak w’lpun P/raya Umum telah hampir 6 bulan berlalu. JazakalAllah hu kairan kasira kerana sudi menerima undangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar MRC Mahallah Bilal, UIAM.
Yg dihormati Ayahanda Pengetua/ Priciple Mahallah Bilal DR Habeeb Rahman, fellow-fellow, Asistant Manager Bilal,abg johan.


Yg berusaha adinda Yamin, serta seluruh petugas-petugas, sukarelawan yang berusaha keras menjayakan program kita pada petang hari yang mulia ini.

Tujuan utama kita berkumpul pada petang hari ini adalah untuk menjayakan Program Grand Iftar Mahallah Bilal bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran Karim.

Saya tidak akan bercerita tentang Nuzul Al-Quran, kerana sy percaya Ayahanda Pengetua dan jemputan kita Y.Berhormat Azmin Ali akan memberikan satu kupasan yang komprehensif. Justeru itu, saya akan menceritakan serba sedikit asal-usul yang memungkinkan program ini, Mahallah Bilal Grand Iftar terjadi.

Tuan-tuan sidang yang dihormati,

Saya ingin mengajak taulan menyorot beberapa tragedi yang memilukan hati umat Islam. Gejala murtad, kes lina joy, murthy, subashini dan sharmala, penubuhan interfaith (ifc), cabaran perundangan sivil dan syariah, dan klausa-klausa perlembagaan M’sia yang dicabar secara ilmiah saban hari.

Saya sendiri berada di tengah keriuhan bantahan Forum Coversion to Islam, Subashini and Sharmala revisited anjuran Majlis Peguam baru-baru ini. Turut hadir ialah Peguam Pembela, YB Zulkifli Nordin (PKR), YB Salahudin Ayub (PAS), GPMS, PPiM, NGO-NGO Islam, dan umat Islam yang lain. Saya sendiri bartanggujawab merangka memorandum bantahan tersebut. Saya berasa sedih dan kecewa dek kerana kemelut politik, Islam kurang di beri perhatian. Ini bukan sahutan Jihad, ataupun semboyan racist bertujuan memecah-belahkan perpaduan negara. Cuma sedikit luahan hati insan yang kudratnya terbatas.

Apa yang menyedihkan, sudahlah Islam diancam, yang memerpertahankan Islam pula,YB Zulkifli Nordin dikenakan surat tunjuk sebab oleh Parti diatas penyertaan beliau membela Islam?

Jawapan beliau mudah,”I’am a muslim 1st- Member of Parliament 2nd , I’am a muslim 1st – lawyer by profession 2nd.

Penahanan 3 orang baru-baru ini di bawah akta ISA, blogger Malaysiatoday Raja Petra Kamarudin, journalis Sin Chew Daily dan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh. Saya bersependapat dengan Dr Asri, Mufti Perlis,

“Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Methadologi yang digunakan iaitu penahanan tanpa bicara jelas salah dari sisi Islam. Hatta, Allah swt sendiri mewujudkan padang masher, titian sirat, neraca mizan, untuk mengukur amal baik dan buruk. Apakah Allah s.w.t tidak mengetahui yang tersembunyi hingga memerlukan kepada hari pengadilan? Yang jelas, setiap yang dituduh harus di beri peluang untuk membela diri. Namun, persoalan yang timbul apakah benar terdapat gerakan yang bersifat subversive/underground untuk memusnahkan Islam secara sulit?

Pada hemat saya, hari ini kita berkumpul tanpa mengira warna kulit, hari ini kita berkumpul tanpa mengira latar belakang politik, justeru hari ini juga patut dijadikan titik tolak kearah satu perubahan yang drastik, perubahan yang memungkinkan terjadinya Intifada Mahasiswa. Hari ini di pilih kerana hari ini adalah hari turunnya Al-Quran. Hari ini, kita bersatu berdasarkan ke Islaman dan Kebangsaan, berani kerana benar, dan berikrar bahawa kita akan menjadi front liner di dalam perjuangan memartabatkan Islam.

Sekian,…

Saturday, September 13, 2008

iftar Jama'ie


Iftar Perdana 2008
Ramadhan Karim merupakan bulan yang mulia dan penuh keberkatan, rahmat dan inayah Allah swt. Justeru kedatangan ia kali ini tidak seharusnya di sia-siakan. Namun, konsep beribadat hanya semasa Ramadhan seharusnya dibetulkan. Ramai orang Islam dewasa ini sekadar berlapar sia-sia sepanjang sebulan Ramadhan. Sedangkan amalan fardhu yang lain ditinggalkan. Nauzibillah..


Penulis memohon maaf diatas kekhilafan penulis sendiri, menghilangkan diri selepas konvoi Jejak Obor. Lagu dan irama tidak dapat dipisahkan begitulah akrabnya hubungan penulis dengan dunia siswa. Menghilangkan diri bukan bermakna kecewa dengan perjuangan siswa, mengundur bererti mencari langkah untuk terus memacu gerakan siswa membelah lautan perjuangan.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi. Penulis akan berpeluang untuk bertemu dengan taulan dari serata ceruk Malaysia dalam kiadah perjuangan kita lewat petang ini, 13 September 2008. Penulis percaya program Iftar GPMS merupakan program rutin yang tidak banyak berbeza saban tahun. Beriftar beramai-ramai dan pemberian sumbangan kepada anak yatim, itupun sekadar news value untuk liputan media. Biarpun begitu, penulis faham bukannya mudah untuk menganjurkannya. Hanya Godly Hand yang mampu untuk mengumpukan seluruh gurkha GPMS dibawah satu bumbung pada satu-satu masa. Berbanding dengan pimpinan silam, Y.Bhg Dato Reezal dan Kekanda Irmo, Pengarah Program harus diberi credit atas usaha mereka. Paling tidak, kita dapat bertemu sekali lagi. Subahannallah..!!

Penulis sebenarnya berhasrat untuk menjemput taulan siswa ke satu lagi program yang similar tetapi menampikan watak-watak antagonis. Bagi penulis, tiada gunanya berprogram sana-sini sekiranya tidak memberi manafaat kepada pembangunan ummah.

Majlis Perwakilan Pelajar Mahallah Bilal, UIAM, akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2008 pada 17hb September bersamaan 17 Ramadhan iaitu Hari Nuzul Al-Quran. Majlis akan dihadiri kenamaan dari Pakatan Rakyat, iaitu YB Tuan Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR).

Mahasiswa akan berpeluang beramah mesra dan bertanyakan sendiri perkembangan mutakhir tanahair dari perspektif barisan pembangkang. Penahanan tanpa bicara (ISA) yang dikenakan terhadap Bloger RPK, Jurnalis akhbar Cina, dan terkini Teresa Kok, MP Seputeh yang mengusulkan Azan Subuh tanpa alat pembesar suara.

Benarkah Islam diancam?

Benarkah maruah Melayu diinjak-injak?

Benarkah mahasiswa tidak tahu menbeda antara kaca dan permata?

Apapun bagi penulis, Islam dulu – GPMS kemudian, Islam dulu – Politik kemudian, Islam dulu – Nyawa kemudian…

Taulan macam mana?

Monday, September 1, 2008

Komentar Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh


Walaupun DSAI telah mengesahkan diri sebagai Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Permatang Pauh pada tanggal 26 Ogos 2008, seminggu yang lepas, dan makin mendekati cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Namun, tuduhan liwat terbaru dan pendekatan dikeluarkan dari penjara tetapi tidak dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan liwat yang lepas masih merupakan ancaman berbisa kepada DSAI dan pengikut-pengikutnya.

Rakyat Malaysia bakal disajikan dengan satu lagi telenovela memualkan dalam episod LIWAT II. Kajian yang dilakukan oleh MERDEKA CENTER mendapati populariti DSAI meningkat sebanyak 4% daripada 53% menjadi 57% selepas Saiful Bukhari melakukan sumpah laknat. Landskap politik Malaysia tidak lagi berlandaskan manifesto mahupun wadah perjuangan yang dibawa tetapi kumpulan, pertuduhan, rasuah, dan mempermainkan sentimen kaum dan Agama. Sejarah membuktikan bahawa sumpah laknat bukanlah pilihan utama dalam Islam, hatta, Ummul Mukminin Saidatina Aisya Rha tidak dibebaskan pertuduhan melalui sumpah laknat apabila difitnah curang. Sumpah laknat hanya diisyaratkan sebanyak 5 kali sumpah dalam kes suami isteri yang mana tiada persaksian (mana ada orang nak skodeng laki bini).

Kerajaan yang mengerti penuh, kerosakan yang bakal Anwar timpakan keatas mereka pasti sahaja mengunakan sepenuh kekuatan untuk….cuma strategi yang digunakan kali ini agak berbeza; If you can’t win over your opponent, you confuse his comrade. Pertuduhan yang dilemparkan sebenarnya bukanlah untuk Anwar tetapi sebagai Warning kepada mana-mana MP BN sendiri.

Cuba amati dilema yang dihadapi oleh MP BN yang mungkin terpikir untuk beralih kem. Biarpun Kerajaan BN berada dalam kedudukan terlemah dalam sejarah, Mereka masih lagi memaut erat institusi keewangan, organ-organ media,dan rejim polis. Sekiranya mereka bertindak belot dan Anwar pulak ditangkap. Segala duit yang ditabur semasa PRU, janji projek RMK 9 dan terkini gula-gula Budget 2009, semuanya akan hilang sekelip mata. Nasib mereka sendiri mungkin lebih parah apabila terpilih menjadi 1-2 ekor kambing hitam yang pasti akan dibogelkan segala perilaku nista yang lepas sebagai peringatan kepada yang lain-lain. Sementara, Bahtera Impian barisan Alternatif sendiri mungkin kecoh apabila Ketua Tukang Masak, Ketua Cleaner Kapal, Ketua (apa-apa je) berebut untuk mengantikan Nakhoda Kapal, Anwar Ibrahim.

Penulis berpandangan, lain padang-lain belalang, kini playing field sudah pun berubah. Langkah terbaik untuk kerajaan BN terus berkuasa adalah dengan perletakan jawatan PakLah sebagai PM selepas mengatasi kemelut 16 September (Kabinet Anwar). Dato Seri Najib adalah calon yang sesuai untuk menghadapi Anwar, sementara, kembalinya Mahathir akan membawa semula pengundi Cina, India yang rata-rata masih lagi percaya dengan ramuan ajaib Tun dalam mengendalikan krisis ekonomi 1998. Mukriz Mahathir sendiri akan menjadi magnet untuk mengumpulkan golongan shabab, anak muda, biarpun akan mengambil sedikit masa untuk memulihkan kepercayaan mereka.

Paklah telah melakukan yang terbaik, media telah diberi sedikit kebebasan, badan kehakiman telah diberi sedikit pampasan, namun, rakyat berpendapat cukup Lah..!!
p/s: penulis memohon maaf kerana tidak sempat untuk postkan semua tulisan ke blog ini. Namun, anda boleh mengikuti nya menerusi http://groups.yahoo.com/group/SiswaGPMS/

Friday, August 8, 2008

MEMORANDUM BANTAHAN

MEMORANDUM BANTAHAN KE ATAS PENGANJURAN FORUM
“CONVERSION TO ISLAM: ART 121 (1A) OF THE FEDERAL CONSTITUTION, SUBASHINI & SHAMALA REVISITED.”

Kepada : Datuk Amdiga Sreenevasan
Presiden Majlis Peguam Malaysia

Tarikh : 8 Ogos 2008

Perkara : Membatalkan Penganjuran Forum Conversion To Islam: Art 121 (1A) Of The
Federal Constitution, Subashini & Shamala Revisited.

Bahawasanya kami, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili Penganut Agama Islam dan Penduduk Melayu mendesak supaya forum “Conversion to Islam: Art 121 (1A) Of The Federal Constitution, Subashini & Shamala Revisited” anjuran Persatuan Peguam Malaysia, DIBATALKAN penganjurannya serta mendesak Pihak Y.Bhg Datuk, memohon maaf secara terbuka kerana:

1. Penganjuran forum berkenaansudah tentu akan menyinggung perasaan serta sensitiviti Agama dan perkauman, masyarakat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

2. Penganjuran forum berkenaan akan menimbulkan syak-wasangka yang akhirnya akan mencetuskan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara ini.

3. Penganjuran forum berkenaan tidak menghormati kesucian Perlembagaan Malaysia, kesucian Mahkamah dan Peruntukan Keistimewaan Islam serta Ketuanan Melayu.

4. Penganjuran forum berkenaan didapati tidak adil dan berat sebelah terhadap Penganut Islam dan Kaum Melayu.

5. Penganjuran forum berkenaan akan mencemarkan kredibiliti Badan Peguam dan akan dilihat sebagai alat propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan ketidakstabilan di dalam negara.

Justeru itu, kami mendesak sekeras-kerasnya agar forum ini di batalkan serta-merta. Y.Bhg Datuk juga haruslah memohan maaf secara terbuka kepada seluruh Penganut Islam dan Penduduk Melayu.

Sekian, terima kasih.

“KAMI YANG BERKHIDMAT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

disediakan oleh
shamir aziz
disokong oleh
Naib Presiden GPMS
Presiden Pekida Malaysia
SUA Persatuan Penguna Islam Malaysia
Wakil Ikatan
wakil-wakil pertubuhan lain yang turut hadir
# document asal telah diserahkan kepada CEO, Bar Council pada hari jumaat, 8-8-2008 jam 2.30 petang. Seramai 250 orang berarak dari Masjed Jamek ke Bangunan Bar Council secara aman dan dikawal oleh anggota polis.
# perhimpunan aman membantah Forum berkenaan akan tetap diteruskan jam 7.30 pagi hari Sabtu (esok), sehingga jam 7mlm, pihak bar council masih tidak memberikan sebarang respon terhadap tuntutan umat Islam.

Thursday, July 31, 2008

Mahasiswa, Siasah dan Dakwah: AUKU

Oleh: Shamir Aziz, Setiausaha Biro Siswa GPMS Kebangsaan

Penulis menyambut baik langkah Kementerian Pengajian Tinggi meminda ataupun melonggarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Langkah tersebut sebenarnya adalah pengiktirafan kepada mahasiswa/i IPTA tempatan sebagai cohort penting kepada pembangunan negara.

Pada era 70’an, mahasiswa lantang membicarakan persoalan masyarakat, khususnya penindasan yang berlaku terhadap golongan miskin iaitu pak tani, nelayan, penoreh dan lain-lain. Mahasiswa bergerak dengan idealisma sendiri tanpa sebarang political inclination.

Umum sudahpun mengetahui tentang pindaan yang sedang direncana melibatkan hak dan kebebasan bersuara, berpersatuan, dan lain-lain pindaan. Justeru itu, penulis tidak akan menulis pada kerangka yang sama. Persoalan yang hendak dibicarakan lebih menjurus kepada Mahasiswa, Siasah dan Dakwah.

Niche kepada penulisan ini berkisar dalam kerangka Islam sebagai Agama Rasmi; Artikel 3 (1), Kebebasan Beragama; Artikel 11 dan Hak Kerajaan untuk melarang penyebaran agama lain kepada Umat Islam; Artikel 11 (4) sepertimana yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan . Penulis bimbang dalam ketidak seimbangan keadaan geo-politik negara, tindakan semberono meluluskan pindaan tersebut bakal mengundang permasalahan yang rumit di masa hadapan.

Penulis mencadangkan suatu bentuk exception clause dibentuk untuk menghalang kegiatan dakwah secara terbuka oleh Persatuan Keagamaan Agama lain selain Islam didalam kampus tetapi pelajar-pelajar beragama selain Islam dibenarkan untuk menyertai Persatuan Keagamaan Agama masing-masing di luar kampus tertakluk kepada peruntukan Artikel 11.

Justeru itu, penulis memohon agar semua pihak yang berwajib menilai secara konstruktif kebebasan yang diberi tanpa di salah tafsir dan di salah erti. Pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keharmonian di dalam negara andai kebebasan yang diberi disalah guna. Ruang yang diberikan perlu ditarik balik selari dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk menjaga keharmonian masyarakat berbilang Agama, Bangsa dan Budaya.

Sekian.

Sunday, July 13, 2008

Al – Fatiha’. shamir aziz


Inililahi wa inna ilahi raji’un, penulis mengucapkan takziah di atas kematian saudara Mohd Abdul Rauf B Tumiran dan seluruh ahli keluarganya tepat jam 3.30 petang/12hb Julai 2008 bersamaan 9 Rejab 1429 hij.

Al –Fatihah.

Seluruh warga GPMS berasa sedih dan teramat dukacita di atas pemergian beliau dan seluruh ahli keluarganya. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan merasa mati. Jenazah beliau di jumpai terdapar di pinggir laut perjuangan oleh dua orang saudagar permata yang sebetulnya sedang memperagakan intan mutiara perjuangan kepada anak bangsa Melayu.

Sesungguhnya Rabbul Jalil, berkuasa ke atas setiap sesuatu yang bernyawa. Hasil post-moterm mendapati beliau tersalah mengambil preskripsi Anugerah Khas sebagai Cawangan Khas Terbaik pada persidangan Agung Tahunan yang lepas. Ramuan ORIGINAL yang diwakilkan kepada penulis oleh Yakqub adalah hasil herba asli untuk menghilangkan lenguh-lenguh sendi; mengharungi pelbagai onak duri perjuangan sepanjang kekalutan kemelut Suhaimi-Reezal. Kongres Mahasiswa Melayu Kebangsaan-KOMMEK dihargai kerana menjadi medium pertemuan dan penyatuan dua Khalifa Umah. Penulis berpendapat PRESKRIPSI ke-2 sepatutnya diberikan kepada adinda dari GPMS Kolej Islam Antarabangsa diatas sumbangan yang tiada tara-nya BERGANDINGAN menjelajah CERUK,DENAI,LECAH,LUMPUR seluruh negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Serawak membawa misi IQRA’ kepada anak Melayu sepanjang 4 bulan berturut-turut Kembara GPMS-NAZA dan lain-lain.

Resam padi, makin berisi makin tunduk.

Penulis tidak pedulikan nama, pangkat atau darjat, hatta, sehingga ke hari ini penulis dan taulan masih lagi menyusun kerusi untuk adik-adik bunga bangsa, mengikat banting dan menampal poster program tanpa ada upah walau sesen pun. Penulis berasa amat terkilan dengan tindakan yang penulis sifatkan sebagai DANGKAL,BODOH dan DAYUS. Penulis akan menghormati keputusan yang di buat SEKIRANYA dibentangkan dihadapan Y.Bhg Dato Presiden didalam sidang bersama Pucuk Pimpinan semalam. Penulis tabik hormat, dan junjung tinggi hasrat dan cita mulia yang disuarakan. Namun, tindakan beliau yang tidak mengormati majlis, malah cubaan untuk melunturkan semangat hadirin yang membakar menyala, SALAH!!

Junjungan Nabi SAW tidak mengizinkan Jibrail a.s. untuk menghapuskan penduduk Taif dari muka bumi ini biarpun beliau dihina dan di cerca. Apalah ertinya penderitaan kita jika dibandingkan dengan beliau. Mungkin preskripsi yang di telan sejak 14 Ogos tahun lalu, iaitu selama hampir 11 bulan telah sebati dengan darah beliau. Preskripsi yang sepatutnya menjadi tonik, sekali telan, terus tegak berdiri telah manjadi racun Takabur yang menghilangkan deria rasa serta sensitiviti hormat sebagai orang timur. Penulis memohon agar tiap yang membaca artikel ini mendoakan anak-cucu keturunan beliau mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Insya’Allah

Kepada Yakqub, teruskan perjuangan. Kita mungkin berbeda idealogi tetapi destinasi kita tetap sama. Seluruh warga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) - UIAM, IKIP, KMPP, KIA, KPMIM, KTB, POLITEK SAS, UDM, UM, UPM, UPSI, UNISEL, UTEM, UUM, UKM, USM dan UITM seluruh Malaysia kecuali cawangan khas kapal karam yang berpencak silat di bawah bayang-bayang pencapaian era 70’an akan bersamamu mengharungi perjuangan ini.

Kalau ditakdirkan semuanya pergi, penulis tetap setia..!

W’alam.

Tuesday, July 8, 2008

Selamat Datang Semester 1, 2008/2009:Return of The King.

Selamat Datang Semester 1, 2008/2009:Return of The King.

Semester pengajian kebanyakan Institusi Pengajian Awam telah pun bermula pada 7hb Julai yang lalu. Penulis juga tidak ketinggalan kembali melangkah ke dunia kampus, namun langkah kali ini sedikit longlai. Kehilangan akibat kecurian bukan lagi perkara baru, agak menghairankan apabila desktop juga mampu dilarikan. Penulis berterima kasih kepada taulan, yang sudi meminjamkan laptop untuk menulis coretan ini.

Mungkin para pembaca tertanya-tanya, kenapa tajuk tulisan ini mengambil tema satira terkenal Lord of The Ring: Return of The King. Penulis bukannya hendak bercerita mengenai filem ini, tetapi bagaimana The Corridors of Power kembali menguasai tampuk pemerintahan UIAM, kesan positif dan negatif yang kesannya kelak akan dirasai sendiri oleh mahasiswa-mahasiswi Taman Ilmu dan Budi.

Sebenarnya khabar angin pemecatan Tan Sri Sanusi Junid, Mantan Presiden UIAM, telah bertiup kencang sejak kepulangan anakanda YB Dato Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi Dato Seri Khaled Nordin dari lawatan ke Dubai. Penulis tidak menuduh mana-mana pihak berkonspirasi untuk menjatuhkan Y.A.Bhg Tan Sri, namun takkan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin. Desas-desus ini mula tersebar di kalangan rakan-rakan rapat anakanda menteri di Kuliyah Undang-undang,UIAM akhirnya menjadi kenyataan.

Penulis memuji langkah yang di atur untuk mengembalikan kewibawaan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP-UIAM. Kini MPP-UIAM bukan sahaja boleh menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), malah diberi restu oleh YB Menteri sendiri. Ini merupakan petanda baik pemulihan demokrasi kampus. Penulis sedikit kecewa dengan Presiden MPP-UIAM, yang gagal mengemukakan permasalahan mahasiswa UIAM walaupun diberi peluang yang sedemikian rupa.

Institusi Presidensi UIAM kini telah pun di ambil alih oleh Tan Sri Sidek Hassan, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Negara. Ahlan Wa Sahlan Wa Mar’haban Bikum,! yang sudah semesti taat setianya tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kalau dahulunya, KPT terpaksa menghadapi Tan Sri, kini…
Welcome back My Lord!!

Persoalannya, apakah hak prerogative institusi Presiden akan terus bertahan ataupun homogeny pentadbiran UIAM akan berpidah ke Parcel E, Presint 1, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Sekian,.



Thursday, July 3, 2008

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN GPMS

KENYATAAN MEDIA
YBHG. DATO’ REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
PRESIDEN
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

KONTRAK SOSIAL SUATU 'FICTION' - KENYATAAN BERUNSUR HASUTAN OLEH AHLI PANEL FORUM ANJURAN MAJLIS PEGUAM

1) GPMS mengecam dan mengutuk keras kenyataan dua orang ahli panel (Dr Puthucheary dan Dr Kua Kia Soong) di Forum Berkenaan Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam Malaysia. Kenyataan mengatakan kontrak sosial sebagai suatu 'fiction' dan rekaan adalah layak dan wajar dianggap sebagai berunsur hasutan dan tidak langsung punya 'nilai akademik';
2) Semangat forum dan kenyataan ahli panel terbabit secara jelas terkandung dalam takrif, 'kecenderungan menghasut' yang terkandung dalam Akta Hasutan 1948 (disemak 1969, Akta 15 m.b.p 14 April 1970);
3) Penganjuran forum terbabit dan kenyataan ahli panel terbabit mampu mendatangkan kebencian atau penghinaan, mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum dan secara langsung mempersoalkan perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan;
4) Meneruskan forum yang sedemikian sifatnya tidak langsung mampu memberikan sebarang kesan positif kepada hubungan kaum di Malaysia. Masyarakat secara umumnya, wajar berasa sangsi dengan 'sikap dan pandangan' Majlis Peguam yang kelihatan punya agenda yang tersendiri;
5) GPMS menyarankan agar peruntukan undang-undang digunapakai dalam menghentikan sebarang usaha untuk membicarakan isu sensitif secara terbuka di masa akan datang.

6) Adalah cukup malang, sebuah badan profesional seperti Majlis Peguam - terfikir untuk menjadi penggerak kepada forum yang sedemikian rupa. Sebagai sebuah badan dihormati, Majlis Peguam sendiri sudah berkompromi dengan 'integriti' badan profesional tersebut, dengan penganjuran program yang dicemari dengan elemen hasutan.

Tuesday, July 1, 2008

Tsunami Politik ke-2 shamir aziz

Tsunami Politik ke-2 shamir aziz

Penulis melahirkan rasa sedih, takut, bimbang dan sedikit terancam bersama keseluruhan rakyat Malaysia dengan timbulnya isu terbaru yang membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim, De Facto Leader Blok Pembangkang.

Seperti rakyat kebanyakan, penulis tidak peduli dengan sepak terajang politik negara. Bagi kami, asalkan perut terisi, bebas meniti kehidupan harian, bebas melakukan kehendak hati asal sahaja tidak bercanggah dengan norma sudah memadai. Namun krisis yang berlarutan hampir sedekat mula menampakan kesan keatas rakyat jelata.

Pertamanya, ketidak stabilan geo-politik Malaysia mula menyorot snow boling effect, perlahan tetapi berlarutan, kecil beransur besar, kecil menjadi kawan; besar menjadi ancaman kepada yang memimpin dan yang di pimpin.

Bermula dengan krisis minyak masak, kekurangan tepung di pasaran runcit, kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang diikuti dengan kenaikan keseluruhan komoditi asas yang lainnya seperti tepung susu bayi, beras, hatta harga makanan mentah seperti ikan dan ayam.

Seterusnya, pelbagai hak dan keistimewaan pri-bumi mula di pertikaikan dan dinafikan secara halus. Kerajaan pusat yang kehilangan sebahagian besar dari rakan kongsi kuasa kaum lain terpaksa tunduk kepada tekanan luar lantas membuka sedikit demi sedikit hak pribumi kepada pendatang. Penulis bertegas atas dasar keadilan bahawa setiap yang berusaha patut mendapatkan hasilnya, namun yang melata harus di bimbing, yang tercicir harus di tolak kehadapan, hatta majoriti miskin Melayu juga harus diberi keistimewaan untuk memperbaiki mutu kehidupan melalui pendidikan.

Penulis menuntut agar semua pihak yang terlibat dalam krisis ini berfikir secara matang mengikut lunas-lunas kehakiman, agama dan keadilan sejagat yang di manifestasikan didalam perlembagaan Negara. Penulis merayu agar pihak media arus perdana, khususnya, tidak menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang tertuduh mahupun yang menuduh sebelum mahkamah.

Rakyat sudah cukup menderita, kembalikan kemakmuran dan keamanan yang kami nikmati selama ini.

Sekian,.

Friday, June 27, 2008

StarBucKs di IPTA !!

PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks, kopitiam dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di pusat tumpuan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, sebelum beroperasi kafe-kafe francais itu perlu mendapatkan kebenaran naib-naib canselor universiti berkenaan dan diwajibkan menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.
Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun liputannya masih belum menyeluruh.

Menurut beliau, pada masa ini ramai penuntut universiti sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di pusat bandar sambil melakukan tugasan mereka.

“Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti kalau usaha ini boleh menggalakkan pelajar melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi,” katanya selepas menutup Konvensyen Pengetua dan Kolej Kediaman IPT Peringkat Kebangsaan di sini.

Idris menambah: “Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi kafe-kafe itu mesti beroperasi di pusat tumpuan pelajar.”

Katanya, kewujudan kafe-kafe francais di IPTA akan meningkatkan lagi keselesaan para penuntut IPTA kerana kemudahan Internet membantu pembelajaran mereka.

Bagaimanapun, katanya, pemilik kafe-kafe itu perlu memberi subsidi kepada penuntut kerana harga minuman dan makanan di premis itu agak mahal.

sumber: Utusan Malaysia

EURO: Turki pulang sebagai Wira!!

Turki mungkin kalah kepada Jerman pada separuh akhir Euro 2008, namun pasukan itu berjaya memenangi hati ramai peminat bola sepak di seluruh dunia, yang teruja dengan keazaman, skil dan kehebatan pemain mereka.

Jurulatih, Fatih Terim, yang menyuarakan hasrat untuk berhenti selepas kekalahan 3-2 kepada Jerman semalam, wajar diberi pujian kerana mengendalikan pasukannya dengan hebat.

Siri kecederaan dan pengantungan tonggak penting seperti penjaga gol nombor satu, Volkan Demirel, ketua pasukan yang juga penyerang utama, Nihat Kahveci serta pemain tengah, Emre Belozoglu bukan alasan buat Turki mengalah mudah.

Selain Volkan, Nihat dan Emre, ada tiga lagi tonggak Turki tiada dalam kesebelasan utama kerana kecederaan dan penggantungan, namun pasukan itu masih mampu memaksa Jerman berhempas pulas sebelum jaringan Philipp Lahm, seminit sebelum tamat permainan meranapkan mereka.

"Kami akan pulang sebagai sebuah pasukan yang paling menyinar di sini. Kami hampir ke situ (final) tetapi inilah bola sepak. Kami menghormati lawan kami, namun saya tetap berbangga... amat bangga dengan pasukan kami,'' kata Terim.
Pemain tengah kreatif, Hamit Altintop yang beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich cukup dikenali oleh kebanyakan pemain Jerman tetapi mereka tetap sukar untuk menyekatnya, yang mengawal permainan dengan hantaran yang teratur.

Penyerang Turki, Kazim Kazim, yang melepaskan dua rembatan terkena tiang mempamer peningkatan besar dengan aksi matang, manakala Ugur Boral, yang menjaringkan gol pertama mereka menggerakkan sayap kiri pasukan.
Kejayaan Turki menjaringkan gol pembukaan perlawanan membuktikan kesungguhan pasukan itu untuk melakar sejarah melayakkan diri ke final Kejohanan Eropah buat kali pertama.
Mereka berkerja keras sehingga ke akhir perlawanan untuk menghiburkan peminat fanatik, walaupun akhirnya kecundang di tangan juara tiga kali, Jerman, pemain Turki tetap dijulang sebagai wira nasional sama seperti ketika mereka layak ke separuh akhir Piala Dunia 2002.

Tidak banyak pasukan yang masih mampu menjaringkan gol pada saat akhir, ketika sudah diambang kekalahan seperti yang telah dilakukan Turki di sini.

Jaringan lewat minit Arda Turan membolehkan pasukan itu mengalahkan Switzerland 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Dalam saingan suku akhir pula, Turki sudah menuju penyingkiran selepas ketinggalan 0-1 kepada Croatia ketika saingan masa tambahan tinggal beberapa satu untuk ditamatkan.

Namun, jaringan Semih Senturk pada minit ke-122 merubah kedudukan untuk mengheret permainan ke penentuan penalti, sebelum Turki menang 3-1.

Monday, June 23, 2008

Mesyuarat Biro Siswa GPMS Kebangsaan.

Mesyuarat Biro Siswa GPMS Kebangsaan – shamir aziz
Penulis menyambut baik tindakan Pengerusi Biro Siswa, En Yakqub, untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan Biro Siswa GPMS Kebangsaan yang turut diextendkan kepada YDP dan S/U GPMS Cawangan Khas IPTA/IPTS seluruh negara. Sepengetahuan penulis, ini merupakan mesyuarat ke-2 Biro Siswa sepanjang setahun 10 bulan beroperasi secara rasmi.
Antara beberapa cadangan penulis sendiri yang boleh dibawa didalam Mesyuarat Penyelarasan Biro Siswa

1. Pemilihan semula AJK Biro Siswa bagi sessi 2008/2009 yang melibatkan YDP,S/U dan AJK kanan cawangan khas yang baru atas rasional AGM bagi cawangan Khas adalah setahun sekali. Ini bererti, semua cawangan khas sepatutnya telahpun mempunyai pimpinan yang baru. Pemilihan ini perlu dibuat untuk Jawatan Tim. Pengerusi dan lain-lain jawatan pengurusan selain Pengerusi yang dipilih setiap tiga tahun melalui Mesyuarat Agung GPMS Kebangsaan (Pemilihan). Proses rejuvenation ini perlu untuk membantu saudara Pengerusi mengelola aktiviti di peringkat Pusat. Penulis sendiri berhasrat untuk berundur sebagai Bendahari Biro Siswa bagi membolehkan injection of new blood yang lebih bertenaga selaras dengan hasrat Pemerkasaan Biro Siswa.

2. Pembentangan takwim aktiviti cawangan Khas seluruh Negara sessi 2008/2009 agar dapat di slot-in di dalam takwim GPMS Kebangsaan. Selain itu, proses ini akan memdedahkan cawangan Khas yang baru ditubuhkan kepada fikrah GPMS caw Khas.

3. Pembentukan dan Pembentangan Takwim Biro SISWA GPMS bagi tahun 2008/2009 agar dapat di slot-in ke dalam kalender aktiviti GPMS Caw Khas. Notis awal ini akan membolehkan Caw Khas IPTA/IPTS member komitmen penuh kepada program-program sentral.

4. Mesyuarat ini digunakan sepenuhnya untuk membincangan dan menyatakan pendirian Biro Siswa terutamanya isu-isu nasional yang melibatkan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Pendirian Biro Siswa ini juga perlu diumumkan melalui laman Web, Blog dan Media Arus Perdana agar kehadiran Biro Siswa ini dirasai hingga ke peringkat akar umbi.

5. Penulis menyarankan agar Biro Siswa bertindak sebagai Kambing Hitam GPMS dan memainkan peranan sebagai front-liner di dalam memperjuangan hak-hak Melayu. Penulis amat memahami status Presiden sebagai Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, justeru, terdapat sesetengah perkara yang terpaksa didiamkan oleh Y.Bhg Dato Presiden selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri terutamanya isu yang menyentuh sentimen perkauman.

6. Penundaan dan penetapan tarikh mesyuarat seterusnya untuk membolehkan participation secara total oleh Pimpinan Caw Khas seluruh Negara.

Penulis ingin mengingatkan diri penulis dan juga taulan agar mematuhi tatasusila mesyuarat.

Maju mundur kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak ditangan KITA.

Sekian, W’alam...

Thursday, June 19, 2008

Diari July/Ogos GPMS

Penulis tidak kisah di label sebagai orang kerajaan ataupun pembangkang, bagi penulis semua itu adalah secondary bukan keutamaan. Lagipun penulis hanya mengikuti perkembangan sekadar pemerhati buat bekal meniti alam kerjaya korperat yang diimpi. Kestabilan politik merupakan prime element pasaran swasta.

Keutamaan GPMS adalah dengan menanam setia akan adat budaya didalam hati, melafazkan referendum kalimah bangsa, dan menzahirkannya melalui perbuatan fizikal dengan segala kudrat yang ada. Pemimpin datang dan pergi silih berganti, namun sirah perjuangan GPMS tetap berkelangsungan.

Dalam ruangan ini, penulis menyeru taulan semua, khususnya dari GPMS caw Khas IPTA/IPTS seluruh Malaysia agar dapat menyumbangkan tenaga bagi menjayakan Entourage GPMS bersama Azali 21 ‘A ke sekolah-sekolah terpilih (khususnya di kawasan pedalaman/luar bandar) seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Penulis pasti taulan semua pasti dahagakan sedikit masa bersama putik bangsa yang terisisih. Saguhati RM100 perday disediakan.
Taulan boleh berhubung terus dengan Ahli Majlis Tertinggi GPMS yang bertanggungjawab, Pn Syukriah 019 328 2552.

Selain itu, briged Siswa GPMS pula akan mengadakan konvoi berkereta sempena bulan Kemerdekaan. Penulis difahamkan konvoi ini akan kick-off pada 24 Julai 2008 ke IPTA/IPTS yang mempunyai caw GPMS yang berdaftar secara sah dibawah payung IPTA/IPTS masing-masing dan juga Pendaftar Pertubuhan (ROS). Caw Khas IPTA/IPTS yang layak boleh memohon untuk menjadi hos di acara berkenaan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli GPMS.
Taulan boleh berhubung terus dengan Ahli Majlis Tertinggi GPMS yang bertanggjawab, En Yakqub 013 247 0344.

Kepada taulan yang baru berdaftar sebagai ahli GPMS dan berminat untuk mengikuti Program Motivasi Sekolah. GPMS caw Khas UIAM akan melanjutkan siri Jejak Obor Musim ke-3, ke SM Jelutong PP. Tarikh cadangan program, 19-21 July 2008. Tempat terhad kepada 30 peserta dari UIAM dan 10 dari Caw khas yang lain. Kepada yang berminat, boleh berhubung dengan YDP,Saudara Safwan 017 528 6614 ataupun dengan penulis sendiri secara SMS shj 012 318 4947 (HP penulis rosak belum berubat lagi :)

Sekian, time 4 action..

Friday, June 13, 2008

Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid: Dikotomi Presiden UIAM. shamir aziz

Sebagai warga institusi akademik UIAM, penulis juga pernah terdengar spekulasi pemberhentian Sanusi Junid sebagai Presiden UIAM.

Menyingkap tabir sejarah perkhidmatan chief apologies Tun Dr M ini bermula lebih 8 tahun dahulu, Februari 2000, atas rasional untuk memulihkan UIAM dari menjadi rahim kelahiran aktivis berhaluan kiri. Pada hemat orang kerajaan, beliau bukan sahaja gagal meneutralkan UIAM malah turut gagal melindungi kredibiliti beliau sebagai Presiden institusi bertaraf antarabangsa, apabila pentas-pentas majlis keraiaan UIAM digunakan sebagai medan smacking pucuk pimpinan kerajaan.

Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid sememangnya amat arif sepak terajang politik. Keputusannya keluar dari UMNO memberikan kesempatan yang maha luas kepada inner-circle Pak Lah untuk menyingkirkan beliau dari kaca mata umum. Tidak ada apa yang istimewa, hatta, sekiranya pembangkang hari ini menjadi kerajaan Pusat di kemudian hari. Penulis percaya, tindakkan rampant akan di ambik untuk menguburkan saki baki aktivis UMNO.

Sebagai contoh, beberapa taulan penulis yang kini berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun diberikan borang keahliaan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan kata dua, bersimpati terhadap perjuangan Pembangkang atau pun bersedia menghadapi silent discrimination. Asal sahaja politik, pelbagai macam justifikasi akan diberikan bagi menghalalkan matlamat perjuangan.

Penulis menyifatkan kenyataan rasuah di IIUM Holdings adalah tidak berasas dan tindakan Badan Pencegah Rasuh (BPR) menyelongkar IIUM Holdings merupakan cubaan untuk mencemarkan kredibiliti Presiden. Kelemahan urus tadbir pusat matrikulasi Nilai pula sepatutnya dilihat sebagai usaha pucuk pimpinan UIAM yang tetap membuka pusat berkenaan lebih awal dari jadual untuk menampung permintaan rakyat Malaysia yang begitu dambakan peluang melanjutkan pelajaran di UIAM. Sepatutnya, Presiden dan pucuk pimpinan UIAM diberi penghargaan diatas constructive effort membangunkan institusi berprestij ini.

Justeru itu, penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid diatas segala keringat yang di curahkan selama mengemudi bahtera UIAM. Ahlan Wa Sahlan wa Marhaban Bikum kepada Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara sebagai Presiden UIAM yang baru. Penulis berharap, kehadiran Tan Sri Sidek Hassan akan terus menyuburkan Taman Ilmu dan Budi dan warganya menjadi penyuluh masyarakat.

Sekian,.

Friday, June 6, 2008

Minyak Naik: Naik Minyak

Penulis sedih, kecewa, muak dan jelik dengan segala pembohongan saban hari di kaca televisyen. Hari selasa, 3hb Jun 2008, kelmarin, Dato Sharil Abdul Samad membayangkan kenaikan harga minyak mulai Ogos tahun ini iaitu selepas selesai penstrukturan semula harga subsidi. Kurang 24jam, D.S. Abdullah, Perdana Menteri pulak membuat pengumuman kenaikan harga minyak sehingga 40%, harga diesel, dan takrif elektrik mulai bulan Julai serta pemberian insentif berupa RM625.00 untuk sebuah kereta dan RM150 untuk sebiji motosikal.

Persoalannya, mengapa kerajaan menambat harga petrol Malaysia dengan harga petrol dunia sedangkan M'sia adalah pengeluar minyak dunia?

Menurut Tan Sri Nor Mohamed, dalam sidang bersama Menteri, 4hb Julai 2008, beliau menjelaskan bahawa dengan setiap kenaikan USD$1 per barrel, Petronas akan mendapat USD$250 juta. Kemana keuntungan syarikat megaconglomerate ini di salurkan? Kenapa Petronas tidak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan hasilnya didedahkan kepada rakyat seperti mana syarikat lain yang tersenarai didalam Fortune 500 di negara masing-masing? Dan soalan terpenting skali, bagaimanakah kerajaan akan menangani kesan inflasi lebih 5% dan kenaikan harga komoditi pertanian/makanan ruji yang lain?

Penulis cuba memahami hakikat bahawa tidak selamanya kerajaan mampu menanggung kesan kenaikan harga minyak global, justeru satu hari nanti petrol pasti akan di ikat pada harga pasaran. Namun, langkah kerajaan untuk menaikkan harga minyak secara mendadak ini tidak praktikal. Bagi penulis, rakyat perlu didedahkan secara staging agar Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan tidak mengalami impak mendadak, begitu juga dengan golongan berpendapatan sederhana serta golongan miskin.

Tindakan Tun Dr M semasa krisis ekonomi dunia pada tahun 1998 mendapat kritikan dari seluruh dunia tetapi sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, beliau berjaya mengharungi semua itu dan lebih lagi untuk menyelamatkan negara dari kancah kemusahan. Kini harapan hanya disandarkan kepada doa agar setiap yang berlaku membawa kepada kebaikan.
Sekian, w'alam.

Tuesday, June 3, 2008

BICARA biaSISWA

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".(al-maidah : 8)

Ayat di atas jelas menerangkan konsep keadilan dalam Islam. Sayugia, penulis ingin mengigatkan taulan bahawa Islam pada dasarnya telah memberikan kesaksamaan sebagai pra-syarat kehidupan. Justeru, tiada seorangpun patut didiskriminasikan pada warna kulit, tempat kelahiran, keturunan, status hidup mahupun panji yang di taut kemas dalam hati. Arakian, penulis menyeru agar setiap perkara itu di perhalusi sebelum membuat sebarang kenyataan.

"I thought it was embarrassing and not fair," Nazri told The Associated Press. "Eighty-twenty (percent) is not a fair balance. So we have decided that it is 60-40."

Penulis merasakan bahawa kenyataan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung biasiswa JPA tidak lebih dari sindiran politik kepada orang Melayu yang menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. Namun, penulis tetap akan mengutarakan pendapat penulis sendiri berdasarkan pengamatan penulis dan sedikit kajian yang sempat penulis dari beberapa tautan web.

Menurut Sidek Hassan Pengawai di Jabatan perkhidmatan Awam, weigthtage JPA telah di ansurkan seperti berikut:
· 70% pencapaian akademik
· 10% struktur socio-ekonomi keluarga, merangkumi net-pendapatan yang pada lazimnya di crosscheck oleh jabatan berkaitan
· 10% pencapaian ko-kurikulum
· 10% interview yang di kendalikan oleh JPA
Penulis berpendapat bahawa setiap yang layak harus di beri peluang melanjutkan pelajaran tanpa mengira warna kulit, kedudukan mahupun agama. Penganugerahan biasiswa harus di diberikan berdasarkan kepada merit dan justifikasi yang telus dan adil. Penulis percaya, kaum cina, india dan lain-lain juga tidak mahu hak orang Melayu diketepikan. Namun adakah dinamakan keadilan apabila anak si-polan bin si-polan ketua bahagian yang hanya mendapat 1A berjaya masuk ke foundation studies manakala anak Pak Kusmin pesawah yang mendapat 5A hanya ditawarkan kursus sijil di politeknik?? ? Berapa banyak kes seperti ini yang berlaku di negara kita, hatta, seorang yang bergelar Tan Sri (mantan Menteri Besar) juga diberikan biasiswa sehingga RM80ribu.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk mencabar JPA agar mendedahkan butiran sebenar para penerima biasiswa di laman web JPA ataupun didada-dada akhbar. Penulis percaya ini akan menutup mulut mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak memahami rasional disebalik pemilihan JPA. Berani kerana benar, takut kerana salah. Sekiranya yang mendapat biasiswa JPA adalah anak Pak Kusmin pesawah yang mendapat 5A, anak Mami Chombi penoreh yang mendapat 6A, anak Mek Jah peniaga di sempadan Kelantan yang mendapat 7A. Walaupun menghadapi pelbagai kesempitan hidup dan kekangan infrastrutur pendidikan luar bandar, mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Penulis percaya, anak-anak Pak Kusmin, Mami Chombi dan Mek Jah adalah genius dan patut di beri peluang lebih dari anak Ah Chong Tauke balak yang mendapat 9A, anak AnandaKrishna, peniaga Celular yang mendapat 10A mahupun anak ketua Bahagian Bandar BohorJaya yang mendapat 9A.

Penulis menyeru agar penyakit severe kultification acute sindrom,penyakit berasaskan kulit dihapuskan dan digantikan dengan melayu berjiwa merdeka. Bebas mengutarakan pendapat, bebas mendapat pendidikan tinggi, bebas dari keterpaksaan merayu politikus cicip untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi bagi anak cemerlang tetapi tiada kabel politik. Penulis juga ingin menyeru kepada semua pihak agar menerima buah fikiran orang lain dengan hati terbuka, janganlah kita menjadi seperti temenggung Temasik, menghukum Hang Nadim hanya kerana takut sarangnya mungkin terjolok 25tahun akan datang.
Sekian