Sunday, September 28, 2008

Perutusan Aidil Fitri s/u Siswa

Perutusan Aidil Fitri oleh s/u siswa GPMS
Sayu..
hati ini makin sayu
Rindu..
Terkenangkan Desa Permai
Wajah Ayah Bonda bermain di mata
Mengajak ku..

Lagu dendangan Dato Siti Nurhaliza, sering-kali mengammit perjalanan pulang penulis ke kampong halaman. Penulis mendoakan taulan juga sejahtera di samping keluarga di hari lebaran.

1)Islam datang meraikan fitrah manusiawi termasuk memandu dan mengarah fitrah tersebut supaya berada dalam kerangka yang tepat dan jelas. Persoalannya adakah umat Islam di Malaysia berada dalam kerangka yang Islam yang tepat dan jelas? Nyata kini sebarang deklamasi semagat keMelayuan dan kebangsaan di anggap non-Islamic. Pada mereka Islam itu syumul dan tidak membezakan warna kulit atau darjat. Disisi Islam, yang membezakan manusia hanyalah takwa illalah, takwa semata-mata kerana Allah. Benar, tiada yang lebih benar dari Al-Quran dan Al-hadiths.

2)Apakah masih ada ruang untuk memperjuangan Bangsa Melayu? Apakah memperjuangankan Bangsa Melayu sama seperti Memperjuangan Islam? Apakah Melayu di Malaysia menjadi smoke-screen (tabir untuk megerakkan perjuangan Islam dalam ruang lingkup plural society) bagi perjuangan Islam?

3)Menurut Tuan Haji Yusri Mohd, dalam wawancara kepada Risalah, beliau menolak pandangan Raja Blogger, Raja Petra Kamarudin, yang sering mengatakan atau cuba mengambarkan apa sahaja cakap-cakap mengenai Melayu atau bangsa bertentangan dengan Islam.

“..dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah swt, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri..”(al-Hasshr:19)

4)Islam adalah Agama fitrah.

Fitrah pula didefinisikan sebagai, “The Islamic Concept of Human Nature”, atau tabi’ie manusia dalam pengertiaan Islam, oleh Syeikh Yasien Mohamed.

Penolakan secara taklid bahawa sebarang perjuangan bangsa itu bersifat asabiyah dan bertentangan dengan Islam itu adalah salah dan amat dangkal sekali. Islam tidak menolak sesuatu isu berkaitan bangsa secara total. Islam adalah Agama Fitrah, manakala persoalan kaum atau bangsa itu merupakan sesuatu yang bersifat fitrah kepada manusia. Jadi sebarang usaha untuk menolak perjuangan kaum atau bangsa itu adalah bercanggah dengan Islam.

5)Realitinya di bumi Malaysia ini, 99.9 peratus umat Melayu adalah Islam. Penulis tidak menolak bahawa terdapatnya muslimin daripada kaum atau bangsa lain. Namun, komposisi kaumnya amat sedikit. Bangsa Melayu juga dipelihara dari sudut perlembagaan negara, Melayu itu BERAGAMA ISLAM.

6)Justeru, dari pandangan yang objektif. Penulis berpendapat bahawa terdapat hubungkait yang jelas antara Islam dan Melayu. Kuatnya bangsa Melayu itu bererti kuatlah agama Islam.


1 comment:

jejakacinta said...

usteru, dari pandangan yang objektif. Penulis berpendapat bahawa terdapat hubungkait yang jelas antara Islam dan Melayu. Kuatnya bangsa Melayu itu bererti kuatlah agama Islam.

Perenggan itu memang paling saya suka baca..semoga jika berlaku sebarang perubahan kempimpinan/peneraju kerajaan Malaysia..biarlah MELAYU ISLAM yang mengemudi bumi bertuah ini. Tak kan melayu hilang didunia.