Friday, June 13, 2008

Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid: Dikotomi Presiden UIAM. shamir aziz

Sebagai warga institusi akademik UIAM, penulis juga pernah terdengar spekulasi pemberhentian Sanusi Junid sebagai Presiden UIAM.

Menyingkap tabir sejarah perkhidmatan chief apologies Tun Dr M ini bermula lebih 8 tahun dahulu, Februari 2000, atas rasional untuk memulihkan UIAM dari menjadi rahim kelahiran aktivis berhaluan kiri. Pada hemat orang kerajaan, beliau bukan sahaja gagal meneutralkan UIAM malah turut gagal melindungi kredibiliti beliau sebagai Presiden institusi bertaraf antarabangsa, apabila pentas-pentas majlis keraiaan UIAM digunakan sebagai medan smacking pucuk pimpinan kerajaan.

Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid sememangnya amat arif sepak terajang politik. Keputusannya keluar dari UMNO memberikan kesempatan yang maha luas kepada inner-circle Pak Lah untuk menyingkirkan beliau dari kaca mata umum. Tidak ada apa yang istimewa, hatta, sekiranya pembangkang hari ini menjadi kerajaan Pusat di kemudian hari. Penulis percaya, tindakkan rampant akan di ambik untuk menguburkan saki baki aktivis UMNO.

Sebagai contoh, beberapa taulan penulis yang kini berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun diberikan borang keahliaan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan kata dua, bersimpati terhadap perjuangan Pembangkang atau pun bersedia menghadapi silent discrimination. Asal sahaja politik, pelbagai macam justifikasi akan diberikan bagi menghalalkan matlamat perjuangan.

Penulis menyifatkan kenyataan rasuah di IIUM Holdings adalah tidak berasas dan tindakan Badan Pencegah Rasuh (BPR) menyelongkar IIUM Holdings merupakan cubaan untuk mencemarkan kredibiliti Presiden. Kelemahan urus tadbir pusat matrikulasi Nilai pula sepatutnya dilihat sebagai usaha pucuk pimpinan UIAM yang tetap membuka pusat berkenaan lebih awal dari jadual untuk menampung permintaan rakyat Malaysia yang begitu dambakan peluang melanjutkan pelajaran di UIAM. Sepatutnya, Presiden dan pucuk pimpinan UIAM diberi penghargaan diatas constructive effort membangunkan institusi berprestij ini.

Justeru itu, penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid diatas segala keringat yang di curahkan selama mengemudi bahtera UIAM. Ahlan Wa Sahlan wa Marhaban Bikum kepada Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara sebagai Presiden UIAM yang baru. Penulis berharap, kehadiran Tan Sri Sidek Hassan akan terus menyuburkan Taman Ilmu dan Budi dan warganya menjadi penyuluh masyarakat.

Sekian,.

2 comments:

Anonymous said...

THE TRUTH WILL REMAIN THE TRUTH.
WHAT IS FALSEHOOD REMAIN AS A SHIT.

Anonymous said...

Apakah rasional di sebalik pemecatan Datuk Sanusi Junid ? Adakah disebabkan oleh politik atau masalah disiplin atau dia tak boleh buat kerja ???

Kerajaan kena ingat, dalam keadaan sekarang, pemerintah dan pembangkang harus bekerja sama untuk membantu rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak dan ekonomi yang gawat.

Kita ni rakyat Malaysia, harus bersatu tanpa mengira agama, bangsa atau parti politik.

Saya bukanlah nak puji sangat pembangkang, tapi tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng dan kerajaan Selangor yang turut menjemput pemimpin politik dari BN untuk menyertai GLC negeri patut dipuji.Alasannya demi untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk politik semata-mata..