Tuesday, July 8, 2008

Selamat Datang Semester 1, 2008/2009:Return of The King.

Selamat Datang Semester 1, 2008/2009:Return of The King.

Semester pengajian kebanyakan Institusi Pengajian Awam telah pun bermula pada 7hb Julai yang lalu. Penulis juga tidak ketinggalan kembali melangkah ke dunia kampus, namun langkah kali ini sedikit longlai. Kehilangan akibat kecurian bukan lagi perkara baru, agak menghairankan apabila desktop juga mampu dilarikan. Penulis berterima kasih kepada taulan, yang sudi meminjamkan laptop untuk menulis coretan ini.

Mungkin para pembaca tertanya-tanya, kenapa tajuk tulisan ini mengambil tema satira terkenal Lord of The Ring: Return of The King. Penulis bukannya hendak bercerita mengenai filem ini, tetapi bagaimana The Corridors of Power kembali menguasai tampuk pemerintahan UIAM, kesan positif dan negatif yang kesannya kelak akan dirasai sendiri oleh mahasiswa-mahasiswi Taman Ilmu dan Budi.

Sebenarnya khabar angin pemecatan Tan Sri Sanusi Junid, Mantan Presiden UIAM, telah bertiup kencang sejak kepulangan anakanda YB Dato Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi Dato Seri Khaled Nordin dari lawatan ke Dubai. Penulis tidak menuduh mana-mana pihak berkonspirasi untuk menjatuhkan Y.A.Bhg Tan Sri, namun takkan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin. Desas-desus ini mula tersebar di kalangan rakan-rakan rapat anakanda menteri di Kuliyah Undang-undang,UIAM akhirnya menjadi kenyataan.

Penulis memuji langkah yang di atur untuk mengembalikan kewibawaan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP-UIAM. Kini MPP-UIAM bukan sahaja boleh menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), malah diberi restu oleh YB Menteri sendiri. Ini merupakan petanda baik pemulihan demokrasi kampus. Penulis sedikit kecewa dengan Presiden MPP-UIAM, yang gagal mengemukakan permasalahan mahasiswa UIAM walaupun diberi peluang yang sedemikian rupa.

Institusi Presidensi UIAM kini telah pun di ambil alih oleh Tan Sri Sidek Hassan, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Negara. Ahlan Wa Sahlan Wa Mar’haban Bikum,! yang sudah semesti taat setianya tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kalau dahulunya, KPT terpaksa menghadapi Tan Sri, kini…
Welcome back My Lord!!

Persoalannya, apakah hak prerogative institusi Presiden akan terus bertahan ataupun homogeny pentadbiran UIAM akan berpidah ke Parcel E, Presint 1, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Sekian,.



3 comments:

Anonymous said...

caya la bro..!
welcome back!

Anonymous said...

caya la bro..!
welcome back!

jejakacinta said...

Dimana suara UIA ketika MPPK yang lalu? Sebagai bekas penuntut di universiti swasta dan Kolej luar negara, saya tetap inginkan Universiti awam di Malaysia menonjol dari segi lontaran ideas, pemikiran yang nas. Tetapi UIA kurang menyerlah di ketika itu. UIA ramai pemidato, pendebat yang hebat ..inilah masanya UIA menggunakan peluang yang ada untuk menonjol. Terus terang saya katakan sepanjang saya bersama MPPK semenjak 2004 saya dapati semakin "susut" gah UIA di MPPK.