Tuesday, June 3, 2008

GPMS: CETUSAN PENDAPAT DAN PENDEDAHAN BUAT PARA PEMBACA…

Memandangkan sudah lebih 5 tahun penulis berada di dalam GPMS sebagai ahli biasa dan pemimpin caw khas yang dinobatkan sebagai cawangan khas terbaik melalui anugerah khas Presiden pada persidangan Agung Khas yang ke-54, penulis berasa bertanggujawab untuk memberikan sedikit penjelasan dan buah fikiran berkenaan "Post Extraodrinary General Meeting Sindrom(PEGMs) " atau enigma kelesuan yang di hadapi GPMS pasca kemelut yang menyaksikan GPMS diterajui oleh dua orang Presiden iaitu Dato' Suhaimi Ibrahim dan Reezal Meerican Naina Meerican (kini Dato').

Penulis bukannya orang kuat Dato Suhaimi jauh sekali penyokong setia Dato Reezal Meerican. Penulis sekadar ingin melihat segala janji-janji yang ditaburkan semasa kemelut dikotakan. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya. Walauapapun, penulis tetap merasa bangga dengan pencapaian Biro Aktiviti dan Pembangunan Mahasiswa terutamanya di dalam menubuh dan merencanakan aktiviti mahasiswa di IPTA seluruh negara. Kekurangan bukanlah penghalang kejayaan.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) adalah pertubuhan Melayu tertua selepas United Malay National Organisation (UMNO), sebuah parti politik elit kaum Melayu di negara kita. Penulis bukannya hendak membicarakan soal politik tetapi enigma kelesuan yang biasanya melanda sesebuah NGO apabila wujudnya segelintir pemimpin didalam GPMS yang tidak bertangungjawab, sekadar melepaskan batuk ditangga. Percaya atau tidak, walaupun GPMS –orde baru telah hampir 2 tahun bertapak; masih ada biro-biro kebangsaan yang tidak menjalankan sebarang aktiviti. Penulis berasa hampa, apabila keikhlasan, kejujuran dan ketelusan para pejuang terdahulu dan sifat tanggungjawab dan komitmen para ahli tidak dapat disalurkan dengan betul apabila golongan oppurtunis ini sekadar merebut jawatan untuk memuaskan nafsu kuasa ataupun untuk memperoleh political mileage daripada pucuk pimpinan persatuan.Penulis merasa tidak perlu untuk menyalahkan mana-mana pihak, cukup sekadar mereka sedar dan kembali kepada asas perjuangan.

Penulis mengakui, Dato Reezal bukanya mendapat GPMS berdulang emas bertktha intan mutiara. Tanggunjawab dan amanah yang di pikul amat berat. Penulis mengucapkan tahniah diatas beberapa siri kejayaan yang dicapai dalam masa yang singkat. Rebranding GPMS atau penjenamaan semula, pengumpulan, pendaftaran dan pergerakan yang lebih tersusun di pejabat Organisasi merupakan sebahagian daripada fikrah perjuangan yang telah dituntas dengan baik. Namun, apakah Dato Reezal sudah lupa akan janji-janjinya untuk mengembalikan GPMS kepada institusi akademia yang diterajui mahasiswa selepas sepenggal menerajui GPMS?

Sehingga ke hari ini, mahasiswa masih tidak dilibatkan secara langsung di dalam pengurusan organisasi mahupun di dalam menentukan dasar dan halatuju perjuangan GPMS. Mahasiswa hanyalah sekadar penyeri majlis-majlis keraiaan atau lebih tepat lagi pemenuh kerusi-kerusi kosong. Pesan penulis, jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur. Apakah perlu satu lagi polimik tercetus barulah suara dan kerjasama mahasiswa akan dititip? Terpulang…

Shamir aziz Mantan YDP GPMS UIAM 06/07

No comments: