Tuesday, June 3, 2008

Apakah nasib pelajar wanita (islam) mendapat pembelaan GPMS?

jazakkAllah, penulis melahirkan rasa bersyukur terutamanya kepada ahli-ahli GPMS seluruh negara yang memberikan pelbagai pandangan dalam dua topik yang penulis rasakan amat penting didalam membina tamadun negara bangsa. Adalah menjadi hasrat dan cita-cita penulis untuk melihat yang yang bertatih di pimpin, yang sakit dirawat, yang dizalimi mendapat pembelaan, yang miskin mendapat perlindungan, yang hak mendapat keutamaan dan yang batil disanggah hatta nyawa menjadi pertaruhan. Bagi penulis, Yahoo Group GPMS ini menyediakan tapak yang sesuai untuk penulis menzahirkan pandangan melalui penulisan.

Lapangan siasah bukan medanku
Dikenal orang aku pujangga
Yang bersayap terbanglah laju
Alat juangku tetaplah pena

Apapun tujuan utama penulis kali ini adalah untuk menyatakan pendapat dan pendirian penulis sendiri dalam topic yang penulis percaya mendapat perhatian umum dan juga media massa arus perdana. PRU yang lepas nyata membawa perubahan yang amat penting terutamanya media reform.Kini, pandangan, komen, kritikan dan nasihat badan-badan bukan kerajaan di beri lebih perhatian seperti mana yang sewajarnya.

Penulis menyokong penuh seruan Naib Presiden Hewi, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saudari Munirah bt Bahari yang meminta kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran di dalam merombak semula dasar pemakaian seragam sekolah. Penulis bukannya menyeru kerajaan memansuhkan pemakaiaan seragam sekolah, tetapi cadangan untuk menukar pakaian seragam putih kepada berwarna harus diberi perhatian sewajarnya dan di perpanjangkan kepada pemakaian wanita Islam di Institusi Kerajaan yang lainnya, hatta, sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam majaroti, konsep pakaian muslimah seharusnya dititik-beratkan.

"Sesungguhnya sebilangan daripada ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadith tersebut diatas jelas merupakan satu amaran keras daripada Baginda Qhatamul Anbiyaa, Muhammad SAW tentang aspek pemakaian wanita yang seksi dan mendedahkan aurat.

Namun, penulis sedikit kecewa apabila pimpinan GPMS seolah bersikap lepas tangan di dalam isu ini. Bukankah group ini di bina sebagai saluran komunikasi antara pemimpin dan pejuang akar umbi? Adakah ianya benar-benar berfungsi?Jadi dimanakah pemimpim GPMS? kenapa tiada sebarang komen dan ulasan yang di berikan? Bukankah Dato Presiden GPMS merupakan Setiausaha Politik YAB MENTERI KEEWANGAN 1, menrangkap PERDANA MENTERI MALAYSIA. Apakah beliau tidak mampu untuk mencuit sedikit bahu Pak Lah untuk melihat isu ini?

Kepada Saudara Yakqub, pengerusi Biro Siswa, penulis menyeru agar beliau lebih proaktif di dalam memperjuangan aqidah, pendidikan dan juga polimik bangsa Melayu. Kedudukan intim sebagai Pegawai Khas YBhg Dato Reezal juga seharus diguna sebaik mungkin untuk memperkotakan ikrar Maju Mundur Kaya Miskin Hina Mulianya Bangsa itu ditangan Kami.
sekian.

No comments: