Tuesday, June 3, 2008

KEMELUT MALAYSIA-SINGAPURA: PULAU BATU PUTIH, MENCARI PENYELESAIAN AMAN

Kisah Pulau Batu Puteh (PBP) atau nama timangannya Middle Rock mula mencuri tumpuan media massa cetak mahupun elektronik termasuk internet awal 90'an apabila kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) dan Singapura bersetuju mencari jalan damai melalui pengadilan oleh Hakim Dunia di International Court of Justice (ICJ) - Peace Palace, The Hague yang dahulunya dikenali sebagai The Permanent Court of International Justice.

Penulis bukannya seorang yang arif di dalam bidang undang-undang, apatah lagi membuat penghakiman sendiri. Namun, penulis sudi berkongsi secuit pengalaman yang ditimba semasa lawatan sambil belajar Pemimpin Mahasiswa Malaysia mewakili NGO-GPMS Caw Khas IPTA Terbaik ke Netherlands, Perancis dan Kotaraya London sekitar pertengahan 2007. Penulis merupakan salah seorang pemimpin mahasiswa Malaysia yang diizinkan masuk ke kamar perbicaraan mahkamah dunia, ICJ yang terletak 15 minit ke utara Jalan Rustenburgweg, Pejabat Kedutaan Malaysia.

Penulis difahamkan oleh Y.Bhg Cik Noor Faridah Ariffin, Duta Besar Malaysia di The Hague, Netherlands bahawa ICJ merupakan satu-satunya Principle Judicial Organ, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terletak di luar Kotaraya New York. Ditubuhkan pada Jun'1945 dan memulakan prosiding pertama pada April'1946. Kewujudannya ternyata merubah lanskap dunia didalam memanifestasikan keadilan dan keamanan sejagat.

PBP adalah milik Malaysia menurut perlembagaan sepertimana yang termaktub di dalam geran tanah Pulau berkenaan. Kehadiran Singapura di PBP hanyalah sebagai kontraktor binaan rumah api dan penyelengaraannya dengan keizinan Kerajaan Negeri Johor. Ironinya, Singapura mendakwa bahawa PBP adalah hak miliknya. Berikan betis hendakan peha, perbuatan Singapura nyata teramat menjengkalkan. Penulis paham dan akur bahawa keputusan Tun pada ketika itu untuk membawa pertikaian ini ke ICJ merupakan satu langkah bijak. Pendirian Malaysia yang menolak konfrantasi harus diberi pujian. Malaysia bukannya melangkah kosong ke meja rundingan, tetapi kes PBP telah di perhalusi selama hampir 30 tahun dan bukti-buktinya telah dikumpulkan dari 12 buah negara; jiran mahupun penjajah.

Namun, penulis difahamkan semasa briefing di Kedutaan Malaysia, yakni sebelum bertolak ke Peace Palace, The Hague bahawa terdapat ketirisan dek kealpaan kerajaan baru di bawah pimpinan YAB Dato Seri Abdullah. Bukannya kepakaran menjadi persoalan, tetapi pertalian yang menjadi ukuran. Barisan peguam yang dilantik tidak mempunyai hubungan dengan para hakim dari ICJ. Penulis berpendapat bahawa adalah menjadi hak Malaysia untuk mempunyai barisan panel berwibawa dan mempunyai pertalian yang baik dengan para hakim dunia sepertimana Singapura. Sekiranya diamati dengan lebih teliti, apakah menjadi nista mengunakan permainan akal untuk menewaskan Singapura?

Penulis bertegas bahawa PBT adalah milik Malaysia. Biar sekangkang kera, tanahairku harus dipertahankan. Iklan-iklan di kaca television semalam, khamis 22-5-06 ternyata amat mengelirukan. Penulis hairan, kenapa RTM beria-ia untuk menyiarkan keputusan penghakiman secara langsung dan berusaha meyakinkan para penonton untuk menerima apa sahaja keputusan ICJ. Apakah kerajaan telahpun menghidu kekalahan dan cuba mengaburi minda rakyat dengan acara siaran langsung verdict perbicaraan? Ataupun, kerajaan cuba mencerminkan keihlasan, kejujuran dan keterbukaan, openness media arus perdana. Penulis bukannya berburuk sangka terhadap kerajaan, sebaliknya berpendirian kritikal berlandaskan konsep adabun ikhtilaf. Adalah menjadi hak para pembaca untuk menilainya.

No comments: